Sesi Semasa: Sesi I : 2026/2027

Pemindahan Kredit

Carta alir, syarat dan borang permohonan Pemindahan Kredit / Pengecualian Kursus (CTCE).

Pemindahan Kredit / Pengecualian Kursus

CTCE

Adakah anda memiliki Sijil sebelum melanjutkan pengajian peringkat Diploma? Bincang dengan Penasihat Akademik sebelum mengisi borang.

Tempoh permohonan: 3 minggu pertama perkuliahan

Carta Alir Permohonan

Peringkat Jabatan

  1. 1
    Minggu 1Pemakluman kepada pelajar

    Pelajar dimaklumkan tentang permohonan CTCE melalui Taklimat Peperiksaan dan Penasihat Akademik.

  2. 2
    Minggu 1 – 3Lengkapkan borang

    Isi dan tandatangan borang, sertakan dokumen sokongan dan serahkan kepada Penasihat Akademik untuk disemak sebelum diserahkan kepada Ketua Program.

  3. 3
    Semakan syarat

    Permohonan disemak mengikut syarat yang ditetapkan.

    Tidak memenuhi syarat: tamat
  4. 4
    Mesyuarat CTCE Jabatan

    Kesetaraan kursus dibuat dan dibawa ke mesyuarat Jabatan.

  5. 5
    Keputusan sokongan

    Jabatan memutuskan sama ada permohonan disokong.

    Tidak disokong: tamat

Peringkat Politeknik

  1. 6
    Mesyuarat CTCE Politeknik

    Keputusan Jabatan dibawa untuk kelulusan Mesyuarat CTCE Peringkat Politeknik.

  2. 7
    Minggu 6Keputusan kelulusan

    Keputusan kelulusan dimaklumkan dan kursus yang mendapat pemindahan kredit akan digugurkan oleh Unit Peperiksaan.

  3. 8
    Surat keputusan CTCE

    Dikeluarkan oleh Pegawai Peperiksaan kepada pelajar, Penasihat Akademik, Jabatan dan Bahagian Peperiksaan dan Penilaian JPPKK.

Lihat carta alir dalam Garis Panduan

Syarat Permohonan

Bagi pelajar Semester 1, lulusan Sijil yang menyambung ke Diploma.

Syarat-syarat Umum

Gred

Gred lulus minimum kursus yang boleh dipindah kredit ialah C.

Kandungan kursus

Kesetaraan antara kandungan kursus mestilah tidak kurang daripada 80%.

Nilai kredit

Nilai kredit kursus (MQA / ETAC / TTAC) bagi program terdahulu mestilah sama atau lebih daripada nilai kredit kursus bagi program yang diikuti di PPT penerima.

Akreditasi

Kursus yang dimohon untuk dipindahkan kredit mestilah daripada program pengajian yang telah mendapat Perakuan Akreditasi daripada MQA.

Had maksimum pindah kredit: bagi pelajar lulusan sijil PPT lain yang menyambung pengajian ke peringkat Diploma ialah 30% daripada jumlah kredit program yang diikuti di Politeknik / Kolej Komuniti, berkuat kuasa 23 Mei 2016. (Rujukan: Kompilasi Dasar Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi 2009–2017, ms. 92)

Dokumen yang Perlu Disertakan

  1. 1
    Salinan transkrip atau slip keputusan peperiksaan (disahkan)
  2. 2
    Salinan pengesahan akreditasi MQA (semak di MQR)
  3. 3
    Ringkasan kursus / course outline (untuk pemohon selain Kolej Komuniti)

Borang Permohonan