Sesi Semasa: Sesi I : 2026/2027

Pelajar

Maklumat, perkhidmatan dan panduan peperiksaan untuk pelajar Politeknik Balik Pulau.

Sila semak Hebahan sebelum membuat sebarang permohonan. Tarikh dikemas kini setiap sesi.

Perkhidmatan Pelajar

Semakan Jadual Peperiksaan

Pelajar boleh menyemak jadual FA dan FE masing-masing di Portal Semakan Jadual Waktu Peperiksaan di pautan dengan memasukkan nombor pelajar/pendaftaran.

Semakan Keputusan Rasmi

Sesi II : 2025/2026

Keputusan rasmi Penilaian Akhir Semester dan Penilaian Latihan Industri Sesi II : 2025/2026 boleh disemak bermula 8 Jun 2026 (Isnin).

Semakan dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP), Modul i-Exam.

Rayuan Keputusan Penilaian / Semakan Semula Skrip Jawapan

Sesi II : 2025/2026

Terdapat dua (2) jenis rayuan:

  1. 1
    Rayuan Ke Atas Keputusan Penilaian

    Rayuan terhadap keputusan penilaian (Contoh: Gagal dan Diberhentikan (GB)).

    BayaranRM50 untuk setiap rayuan
  2. 2
    Rayuan Penyemakan Semula Skrip Jawapan Peperiksaan Akhir

    Untuk Final Exam (FE) sahaja.

    BayaranRM25 untuk setiap kursus

Garis masa rayuan

  1. Rayuan dibuka8 Jun 2026 (Isnin)
  2. Tarikh tutup rayuan22 Jun 2026 (Isnin)
  3. Keputusan dimaklumkan29 Jun 2026 (Isnin)

Cara memohon

  1. 1
    Sediakan surat rasmi

    Surat kepada Pengarah Politeknik Balik Pulau (u/p: Unit Peperiksaan) dengan alasan yang munasabah dan bukti (jika berkaitan).

  2. 2
    Bayar melalui iPayment

    Bayaran mengikut jenis rayuan di ipayment.anm.gov.my. Rujuk tatacara terperinci di bawah.

  3. 3
    Hantar bersama resit

    Hantar secara hardcopy kepada Unit Peperiksaan, atau e-mel kepada:

    • sitizaimar@pbu.edu.my
    • fauzi@pbu.edu.my
    • Penasihat AkademikSalinan (cc)
    Tanpa resit pembayaran: tidak diproses
Keputusan rayuan dimaklumkan oleh Pegawai Peperiksaan. Keputusan rayuan adalah muktamad.
Tatacara pembayaran iPayment (Lampiran 1)
  1. Masuk ke halaman iPayment di ipayment.anm.gov.my.
  2. Pada halaman utama, scroll ke bawah sehingga bahagian Perkhidmatan dan pilih Denda & Saman.
  3. Taip perkataan PBU pada kotak carian dan pilih Unit Peperiksaan Politeknik Balik Pulau (PBU).
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan dan pilih Semakan Semula Keputusan atau Semakan Semula Skrip Jawapan Peperiksaan Akhir. Tekan butang + untuk memasukkan kuantiti.
  5. Klik Bayar pada troli.
  6. Klik Log Masuk sekiranya akaun telah wujud, atau Pendaftaran sekiranya belum mempunyai akaun iPayment.
  7. Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul dan pilih kaedah pembayaran.
  8. Selepas pembayaran selesai, muat turun resit dan lampirkan bersama surat permohonan rayuan.
  9. Hantar surat permohonan beserta resit pembayaran secara hard copy kepada Unit Peperiksaan PBU atau soft copy / e-mel kepada sitizaimar@pbu.edu.my dan fauzi@pbu.edu.my dengan salinan kepada Penasihat Akademik. Surat permohonan yang tidak disertakan resit pembayaran tidak akan diproses.

Penilaian Khas

Sesi II : 2025/2026

Penilaian Khas diadakan untuk pelajar yang memenuhi syarat berikut:

PelajarSemester Akhirsahaja
KeputusanMPMengulang Penilaian
Gagal1 Kursussatu (1) kursus sahaja

Garis masa penilaian

  1. Penilaian bermula29 Jun 2026 (Isnin)
  2. Penilaian tamat23 Jul 2026 (Khamis)
  3. Keputusan dimaklumkan27 Jul 2026 (Isnin)
  1. Surat pemakluman

    Diposkan ke alamat rumah seperti yang didaftarkan dalam SPMP dan dihantar melalui e-mel kepada Penasihat Akademik.

  2. Semakan keputusan

    Dibuat secara dalam talian melalui SPMP, Modul i-Exam. Keputusan penilaian adalah muktamad.