Mengenai Sistem
PBU GradeGuard
PBU GradeGuard ialah sistem yang dibangunkan oleh Pegawai Peperiksaan Politeknik Balik Pulau bagi menyemak lembaran markah penilaian akhir dan menganalisis fail Lembaran Markah secara keseluruhan.
Sistem ini akan menyemak ketepatan markah yang dimasukkan oleh pensyarah berdasarkan Sistem Gred dan buku garis panduan penilaian.
Akses Sistem
Sistem ini untuk kegunaan Pegawai Peperiksaan dan Penyelaras Peperiksaan Jabatan di Politeknik Malaysia.
Semak Lembaran Markah (Pensyarah) hanya dibuka semasa Mesyuarat Peperiksaan Jabatan dan Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik (JKPEP), untuk semakan pensyarah dan ahli jawatankuasa. Lembaran dimuatkan terus tanpa perlu memuat naik fail. Log masuk dengan e-mel @pbu.edu.my yang telah didaftarkan.