Sesi Semasa: Sesi I : 2026/2027

Soalan Lazim

Jawapan kepada soalan yang sering ditanya tentang peperiksaan, keputusan dan dokumen.

Soalan Lazim

Bagaimana saya menyemak keputusan peperiksaan?
Semak melalui Sistem SPMP (http://spmp.pbu.edu.my/) dengan akaun pelajar anda.
Bilakah keputusan peperiksaan diumumkan?
Tarikh pengumuman keputusan dihebahkan di halaman Hebahan dan takwim akademik.
Bagaimana saya memohon rayuan atau semakan skrip?
Baca garis panduan yang dihebahkan, lengkapkan borang permohonan dan hantar kepada Unit Peperiksaan dan Penilaian dalam tempoh yang ditetapkan.
Di mana saya boleh memuat turun borang rayuan?
Semua borang terdapat di halaman Borang & Muat Turun.
Bagaimana saya memohon transkrip akademik?
Lengkapkan borang permohonan dan buat bayaran melalui i-Payment (https://ipayment.anm.gov.my/) sebelum permohonan diproses.
Adakah permohonan diproses sebelum bayaran dibuat?
Tidak. Permohonan hanya diproses selepas bayaran dibuat.
Bagaimana majikan boleh mengesahkan kelayakan akademik graduan?
Majikan boleh menghubungi Unit Peperiksaan dan Penilaian melalui e-mel exam.pbu@gmail.com.
Di mana saya boleh melihat jadual peperiksaan?
Jadual peperiksaan dan takwim akademik terdapat di halaman Jadual & Takwim.
Bagaimana menyemak draf jadual waktu peperiksaan?
Semakan boleh dibuat melalui modul JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR di laman SPMP.
Bagaimana saya menghubungi Unit Peperiksaan dan Penilaian?
Telefon 04-8689000 (Samb. 130/131) atau e-mel exam.pbu@gmail.com.