Perkhidmatan Pelajar
Semakan Jadual Peperiksaan
Pelajar boleh menyemak jadual FA dan FE masing-masing di Portal Semakan Jadual Waktu Peperiksaan di pautan dengan memasukkan nombor pelajar/pendaftaran.
Rayuan Untuk Menduduki Peperiksaan Akhir Khas
Peperiksaan Akhir Khas (PAK) untuk pelajar yang tidak dapat hadir peperiksaan akhir dengan kebenaran Pengarah. Pelajar yang tidak hadir hendaklah memaklumkan kepada Pengarah dengan kadar segera, sendiri atau melalui wakil.
Sebab yang boleh dipertimbangkan
- Sakit
Disahkan sakit oleh pegawai perubatan kerajaan atau swasta.
- Kes kecemasan
Kematian keluarga terdekat, kemalangan, bencana alam atau kebakaran, dengan pengesahan pihak berkuasa.
- Urusan undang-undang
Berurusan dalam perkara undang-undang, dengan pengesahan pihak berkuasa.
- Aktiviti diluluskan Pengarah
Menyertai aktiviti yang diluluskan Pengarah, dengan surat pengesahan daripada pihak penganjur.
Tatacara permohonan
- Sediakan surat permohonan
Ditujukan kepada Pengarah, menyatakan sebab beserta dokumen sokongan. Nyatakan kod dan nama kursus, serta tarikh dan masa peperiksaan yang tidak dapat dihadiri.
- Hantar ke Unit Peperiksaan
Hantar surat ke Unit Peperiksaan terlebih dahulu, dengan kadar segera selepas peperiksaan berkenaan berlangsung, untuk disemak dan direkodkan.
- Dimajukan kepada Pengarah
Unit Peperiksaan akan menghantar surat kepada Pengarah untuk diminitkan.
Rujukan: Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 1 2025, Perkara 3.2 dan 5.4.1.
Semakan Keputusan Rasmi
Sesi I : 2026/2027Keputusan rasmi Penilaian Akhir Semester dan Penilaian Latihan Industri Sesi I : 2026/2027 boleh disemak bermula 26 Nov 2026 (Khamis).
Semakan dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP), Modul i-Exam.
Rayuan Keputusan Penilaian / Semakan Semula Skrip Jawapan
Sesi II : 2025/2026Terdapat dua (2) jenis rayuan:
- 1Rayuan Ke Atas Keputusan Penilaian
Rayuan terhadap keputusan penilaian (Contoh: Gagal dan Diberhentikan (GB)).
BayaranRM50 untuk setiap rayuan - 2Rayuan Penyemakan Semula Skrip Jawapan Peperiksaan Akhir
Untuk Final Exam (FE) sahaja.
BayaranRM25 untuk setiap kursus
Garis masa rayuan
- Rayuan dibuka8 Jun 2026 (Isnin)
- Tarikh tutup rayuan22 Jun 2026 (Isnin)
- Keputusan dimaklumkan29 Jun 2026 (Isnin)
Cara memohon
- 1Sediakan surat rasmi
Surat kepada Pengarah Politeknik Balik Pulau (u/p: Unit Peperiksaan) dengan alasan yang munasabah dan bukti (jika berkaitan).
- 2Bayar melalui iPayment
Bayaran mengikut jenis rayuan di ipayment.anm.gov.my. Rujuk tatacara terperinci di bawah.
- 3Hantar bersama resit
Hantar secara hardcopy kepada Unit Peperiksaan, atau e-mel kepada:
- sitizaimar@pbu.edu.my
- fauzi@pbu.edu.my
- Penasihat AkademikSalinan (cc)
Semak status permohonan
Masukkan nombor matrik untuk menyemak sama ada surat rayuan anda telah diterima. Status dikemas kini dalam tempoh 2 hari bekerja selepas surat rayuan diterima.
Hanya status penerimaan permohonan dipaparkan, bukan keputusan rayuan.Tatacara pembayaran iPayment (Lampiran 1)
- Masuk ke halaman iPayment di ipayment.anm.gov.my.
- Pada halaman utama, scroll ke bawah sehingga bahagian Perkhidmatan dan pilih Denda & Saman.
- Taip perkataan PBU pada kotak carian dan pilih Unit Peperiksaan Politeknik Balik Pulau (PBU).
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan pilih Semakan Semula Keputusan atau Semakan Semula Skrip Jawapan Peperiksaan Akhir. Tekan butang + untuk memasukkan kuantiti.
- Klik Bayar pada troli.
- Klik Log Masuk sekiranya akaun telah wujud, atau Pendaftaran sekiranya belum mempunyai akaun iPayment.
- Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul dan pilih kaedah pembayaran.
- Selepas pembayaran selesai, muat turun resit dan lampirkan bersama surat permohonan rayuan.
- Hantar surat permohonan beserta resit pembayaran secara hard copy kepada Unit Peperiksaan PBU atau soft copy / e-mel kepada sitizaimar@pbu.edu.my dan fauzi@pbu.edu.my dengan salinan kepada Penasihat Akademik. Surat permohonan yang tidak disertakan resit pembayaran tidak akan diproses.
Penilaian Khas
Sesi II : 2025/2026Penilaian Khas diadakan untuk pelajar yang memenuhi syarat berikut:
Garis masa penilaian
- Penilaian bermula29 Jun 2026 (Isnin)
- Penilaian tamat23 Jul 2026 (Khamis)
- Keputusan dimaklumkan27 Jul 2026 (Isnin)
- Surat pemakluman
Diposkan ke alamat rumah seperti yang didaftarkan dalam SPMP dan dihantar melalui e-mel kepada Penasihat Akademik.
- Semakan keputusan
Dibuat secara dalam talian melalui SPMP, Modul i-Exam. Keputusan penilaian adalah muktamad.