Sesi Semasa: Sesi I : 2026/2027

Graduan

Perkhidmatan pengesahan akademik dan permohonan dokumen untuk graduan.

Perkhidmatan Graduan

Surat Tamat Pengajian dan Transkrip

Untuk: Pelajar yang telah Lulus Penuh (LP) tetapi belum menghadiri Konvokesyen.
  1. 8 Jun 2026 (Isnin) hingga 30 Jun 2026 (Selasa)Pelajar yang telah tamat Latihan Industri

    Memperoleh status Lulus Penuh (LP) dalam slip keputusan. Boleh memuat turun daripada Modul i-Exam SPMP:

    • Surat Perakuan Tamat Pengajian
    • Transkrip Provisional (Sementara)
    Modul i-Exam SPMP
  2. Selepas 30 Jun 2026 (Selasa)Selepas tarikh cadangan Mesyuarat

    Pelajar boleh:

    • Surat Pengesahan Tamat PengajianMuat turun dari Modul i-Exam SPMP
    • Transkrip RasmiHadir sendiri atau mewakilkan seseorang ke Unit Peperiksaan dengan mengemukakan Borang Permohonan Transkrip Akademik (muat turun di Borang & Muat Turun atau laman PBU)
Pastikan tukar sesi semasa kepada Sesi II : 2025/2026 dalam Modul i-Exam SPMP sebelum memuat turun.

Tarikh 30 Jun 2026 (Selasa) ialah tarikh cadangan Mesyuarat Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil / Diploma Politeknik Bil.3/2026.

Makluman Konvokesyen

Maklumat rasmi berkaitan konvokesyen boleh dirujuk melalui laman web rasmi Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti.

Senarai Nama Graduan

Tiada dokumen buat masa ini.

Permohonan Diploma dan Transkrip Gantian

Graduan yang kehilangan atau kerosakan diploma dan transkrip boleh memohon gantian dengan mengemukakan surat permohonan kepada Pengarah Politeknik Balik Pulau (PBU).

  1. 1
    Sediakan surat permohonan

    Graduan perlu menyatakan maklumat berikut:

    Nama penuhNombor kad pengenalanProgram yang diambilSesi atau tahun bergraduatNombor telefonAlamat e-melAlamat terkini
  2. 2
    Buat bayaran melalui iPayment

    Bayaran perlu dibuat menggunakan sistem iPayment. Sila rujuk tutorial kaedah pembayaran iPayment.

  3. 3
    Hantar melalui e-mel

    E-mel surat permohonan beserta resit pembayaran iPayment kepada:

Kadar bayaran

Permohonan sijil dan transkrip akademik gantian akan dikenakan bayaran seperti berikut:

Sijil (versi BM / BI)RM 50.00per sijil
TranskripRM 10.00bagi setiap permohonan

Pengecualian Bayaran bagi Permohonan Sijil dan Transkrip Akademik Gantian

Bayaran bagi permohonan salinan sijil gantian dan transkrip akademik kepada lulusan yang terkesan akibat bencana adalah DIKECUALIKAN.

Pengecualian bayaran adalah seperti berikut:

  1. i
    Bencana yang berlaku di tempat kediaman lulusan;
  2. ii
    Permohonan perlu dikemukakan oleh lulusan sendiri dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh ditimpa bencana;
  3. iii
    Tatacara pengecualian bayaran adalah dengan mendapat kelulusan pengarah institusi beserta dokumen sokongan yang disahkan oleh pihak berkuasa berkenaan aduan kerosakan disebabkan oleh bencana.

Permohonan Kurikulum untuk Pemindahan Kredit Peringkat Ijazah

Tatacara permohonan kurikulum bagi tujuan pindahan kredit yang perlu dipatuhi oleh lulusan Politeknik Balik Pulau.

Maklumat yang perlu dikemukakan

Surat rasmi permohonan

Permohonan kurikulum bagi tujuan pindahan kredit. Sila sertakan nama penuh, nombor matrik, alamat terkini, nombor telefon dan e-mel.

Transkrip akademik diploma

Daripada Politeknik, bagi setiap semester.

Kod dan nama kursus

Kursus yang dipohon untuk tujuan proses pengeluaran kurikulum yang berkaitan sahaja.

Surat tawaran kemasukan

Ke IPTA / IPTS atau mana-mana institusi berkaitan.

Cara menghantar permohonan

Pemohon boleh menghantar permohonan yang lengkap sama ada secara bertulis atau melalui e-mel.

  1. Secara bertulisHantar dalam sampul surat

    Tulis “PERMOHONAN PINDAHAN KREDIT” di penjuru sebelah kiri sampul surat dan alamatkan kepada:

    • Pegawai Pengurusan KualitiUnit Jaminan Kualiti
      Politeknik Balik Pulau
      Pinang Nirai Mukim E,
      11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
  2. Melalui e-melE-mel dokumen yang lengkap

    Dokumen dengan maklumat yang lengkap dihantar ke alamat e-mel:

Tempoh pemprosesanSemua permohonan yang lengkap akan diproses dalam tempoh5 hari bekerjaMaklum balas diberikan melalui alamat e-mel yang disertakan dalam surat permohonan.

Pengesahan Akademik

Majikan atau institusi yang ingin mengesahkan kelayakan akademik graduan boleh menghubungi Unit Peperiksaan dan Penilaian melalui e-mel sitizaimar@pbu.edu.my atau exam.pbu@gmail.com dengan menyertakan maklumat graduan yang berkaitan.